Koir合唱团
Koir Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas。 Lompat ke: pandu arah, gelintar Untuk makna lain, sila lihat Korus。 Koir (Choir), Chorale (masih tiada terjemahan khas bahasa Melayu), atau Korus (Chorus) adalah kumpulan penyanyi vokal yang membentuk sebuah ensembel muzik。 Kumpulan Kora...全部
Koir Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas。 Lompat ke: pandu arah, gelintar Untuk makna lain, sila lihat Korus。
Koir (Choir), Chorale (masih tiada terjemahan khas bahasa Melayu), atau Korus (Chorus) adalah kumpulan penyanyi vokal yang membentuk sebuah ensembel muzik。
Kumpulan Koral Melbourne Isi kandungan [sorok] * 1 Apakah perbezaan Koir, Koral, Korus dan Chorale * 2 Perbezaan Koral (Choral) dan Chorale * 3 Struktur koir o 3。
1 Kategori mengikut lingkungan suara * 4 Lihat juga * 5 Rujukan * 6 Pautan Wikipedia bahasa Inggeris * 7 Pautan luar [sunting] Apakah perbezaan Koir, Koral, Korus dan Chorale Diterjemahkan sebagai 3 perkataan untuk bahasa Melayu dari 4 istilah bahasa Inggeris iaitu Choir, Choral, Chorus dan Chorale。
Buat masa ini, istilah "Chorale" diterjemahkan ke bahasa Melayu sebagai "Koral" juga。 Oleh kerana "Choral" iaitu "Koral" dan "Chorale" adalah tidak sama, rencana ini mengekalkan penggunaan "Chorale" apabila diperlukan bagi mengelakkan salah tafsir atau kekeliruan。
Koir adalah sebuah ensembel muzik para penyanyi yang menyanyi beramai-ramai。 Ia bukan sebuah kumpulan penyanyi solo yang bersaing antara satu sama lain, malah sebagai sekumpulan penyanyi yang membentuk nyanyian berharmoni。
Perkataan "ensembel" berasal dari bahasa Perancis yang bermaksud "bersama-sama。" Korus dan Chorale memberi maksud yang agak sama。
Sebenarnya, kedua-dua perkataan ini datang dari kata dasar yang serupa, namun disampaikan dari dua tamadun berlainan iaitu dari Yunani lama dan Rom yang membentuk beberapa corak yang berbeza。
Perkataan "koral" (Choral) adalah satu kata sifat yang menggambarkan perbuatan untuk koir, korus dan chorale。
Dalam erti kata ringkas, nyanyian beramai-ramai koir, korus dan chorale dipanggil muzik koral。 [1] Secara praktikalnya, ramai orang dapat membuat perbezaan 4 istilah-istilah ini, walaupun hakikatnya tidak terdapat takrif-takrif yang kuat sebenarnya untuk membezakan mereka。
"Koir" sering dirujukkan kepada kumpulan “koral” yang berkaitan dengan gereja atau sekolah。 "Korus" pula kerap digunakan dalam konteks teater, contohnya opera atau teater muzikal; iaitu merujuk kepada kumpulan penyanyi-penyanyi (dan juga penari-penari) yang menjadi penyanyi latar sesuatu persembahan。
[sunting] Perbezaan Koral (Choral) dan Chorale Koral adalah satu makna adjektif atau berkaitan dengan korus atau koir, contohnya "sebuah kumpulan koral" atau "satu susunan koral。
" Chorale pula (dengan pelat pada suku kata kedua) adalah satu kata nama melambangkan lagu-lagu zikir (hym) atau melodi suci, hampir sama dengan rujukan khusus untuk muzik gereja-gereja Protestan Jerman, contohnya "the congregation sang a chorale" (jemaah nyanyian koral); atau satu nyanyian harmoni melodi koral, contohnya "koral Johann Sebastian Bach"。
[2] Istilah "Chorale" kebiasaannya dirujukkan kepada satu model tertentu dalam muzik gereja, namun ada juga kemungkinan bahawa istilah ini hanyalah sebagai nama yang lain untuk sebuah koir atau korus。
[sunting] Struktur koir Posisi penyanyi koir di atas pentas Nyanyian kumpulan koir kebiasaannya diketuai oleh seorang pemimpin koir atau juga lebih dikenali sebagai konduktor muzik (sama seperti orkestra)。
Kebanyakan kumpulan koir mengandungi empat bahagian, namun jumlah bahagian sebenar adalah tidak terhad。
Selain daripada empat bahagian, bilangan bahagian kumpulan nyanyian di dalam satu-satu persembahan koir yang paling biasa adalah tiga, lima, enam dan lapan。
Kumpulan-kumpulan koir boleh menyanyi dengan atau tanpa iringan alat-alat muzik。
Nyanyikan tanpa iringan alat-alat muzik dipanggil sebagai a cappella yang diambil dari bahasa Itali yang bermaksud "Nyanyian cara gereja"。收起